Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rumah putih telah mengumunkan bahawa mereka akan "segera" mengkaji semula sokongan mereka terhadap pakatan tajaan Saudi di Yaman berikutan pengeboman yang dilakukan rejim Riyadh ke atas dewan orang ramai sekaligus menyebabkan lebih 150 orang terkorban dan ratusan lagi dilaporkan cedera. Insiden yang memalukan itu berlaku ketika dewan itu menyaksikan majlis pengebumian bapa seorang pegawai tinggi kerajaan.
Washington yang merupakan pembekal utama senjata kepada kerajaan monarki mutlak itu dilihat telah menjauhkan diri mereka daripada tindakan Riyadh yang mengakibatkan tragedi yang memilukan itu. Washington berkata bahawa mereka amat kesal dan bejanji akan segera mengkaji bantuan mereka kepada rejim keluarga al-Saud.
Di dalam sebuah kenyataan, jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih, Ned Price mengatakan "beberapa siri serangan ke atas penduduk awam Yaman" telah mendesak A.S untuk memikirkan semula posisi mereka di dalam perkara ini.
Price juga memberi amaran kepada rejim di Riyadh dengan mengatakan bahawa kerjasama A.S bukanlah sejenis "cek kosong".
Menurut AFP, Riyadh telah bersetuju untuk bekerjasama dengan A.S di dalam siasatan ke atas tragedi tersebut.
Pengeboman itu berlaku kurang 3 minggu selepas Senat A.S meluluskan penjualan senjata bernilai $1.15 billion kepada rejim al-Saud.
A.S janji akan kaji semula sokongannya terhadap pakatan tajaan Saudi selepas tragedi di Sana'a.
Pengeboman Majlis Pengebumian: A.S Akan "Segera Mengkaji Semula" Sokongannya Terhadap Pakatan Tajaan Riyadh.
9 Oktober 2016 - 14:25
News ID: 784449
Rumah putih telah mengumunkan bahawa mereka akan "segera" mengkaji semula sokongan mereka terhadap pakatan tajaan Saudi di Yaman berikutan pengeboman yang dilakukan rejim Riyadh ke atas dewan orang ramai.